The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

10 sebab Petr Cech memilih jersi nombor 33 bersama Arsenal.

Eikrem pada July 13, 2015

Baru-baru ini, Petr Cech telah mengumumkan akan menggunakan jersi bernombor 33 bersama Arsenal. Memandangkan Sczesny akan mengekalkan jersi nombor 1, Cech terpaksa mencari idea untuk nombor jersi baharu.

cech-main

Setelah berkerut dahi memikirkan masalah ini, akhirnya Petr Cech bersetuju untuk memakai nombor 33, dan memberikan sebab utama melalui tweetnya seperti berikut.

  1. & 2. Memulakan episod baru pada usia 33 tahun dengan 333 perlawanan di EPL.

3. Cuba menjadi tunjang pasukan – saraf tunjang mempunyai 33 tulang belakang.

3 alasan yang dilihat agak skema. Berikut adalah sebab-sebab lain yang dicadangkan oleh para peminat dan pembenci Arsenal mengapa Cech memilih nombor 33.

  1. Jumlah batang rokok Sczesny akan hisap setiap hari (stress sebab dah tak dapat main).
  2. PAY-Wojciech-Szczesny33 clean sheet untuk musim iniScreenshot_2015-07-13-16-07-45_1
  3. Jumlah Cech menggeleng kepala tatkala menyedari tahap kemampuan benteng Arsenal dalam 3 perlawanan pertama.
  4. Mewakili jumlah penyokong Chelsea sebelum era Abramovich
  5. Screenshot_2015-07-13-16-07-52_1IQ penyokong Arsenal di seluruh dunia
  6. Screenshot_2015-07-13-16-07-57_1Peratus kebarangkalian untuk Arsenal menamatkan musim di tangga ke 2, 3, atau 4 musim depan.
  7. Memberi semangat kepada pasukan the Gunners untuk menang 33 perlawanan dengan 33 clean sheets, 33 gol Alexis dan 33 assist dari Ozil, 33 kali gol dari tendangan sudut dan 33 gaya rambut seksi Giroud.