10 Perkara Membuktikan Chelsea Wujud Sebelum 2003

Eikrem oleh Eikrem 4 bulan yang lalu

Chelsea dah sah sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim 2016-17, tapi sebagai haters tegar, setiap kali melihat penyokong Chelsea bersorak dan memuat naik post di Facebook masing-masing, maka bergelegaklah hati dan jiwa penulis dan lantas terus melabel bahawa penyokong Chelsea ini wujud selepas tahun 2003!

Kenapa 2003? Kau google apa kaitan Chelsea dengan 2003. Semua nak suap lemak lah.

Pada awalnya, hipotesis penulis menyatakan bahawa sebelum 2003 penyokong Chelski dengan tegar menyokong Namchester United.

Maka riki punya riki, terjumpalah satu artikel yang membuktikan hipotesis tersebut salah, di mana artikel tersebut menyatakan bahawa Chelsea sebenarnya wujud sebelum 2003 dan jika pasukan ini wujud sebelum 2003, maka penyokongnya juga pasti wujud seiring dengan kelab hebat ini bukan?

Jadi, untuk membuka mata para haters, penulis kongsikan 10 bukti yang menunjukkan bahawa Chelsea wujud sebelum 2003.

Tak baca kau rugi.

Gol Roberto Di Matteo Dalam Final Piala FA 1997

Di Matteo mungkin dikenali sebagai pengurus yang membawa kejuaraan UCL pertama ke Stamford Bridge, namun ramai haters yang tak tahu bahawa Di Matteo adalah bekas pemain Chelsea. Antara detik terindah Di Matteo sebagai pemain adalah dalam perlawanan akhir Piala FA pada tahun 1997 di mana pemain tengah ini membawa bola dari kawasan sendiri dan menjaringkan gol yang padu dari jarak hampir 30 meter, pada minit pertama!

Eddie Newton menambah gol pada minit ke 83 untuk memberikan Piala FA kepada Chelsea, mengenepikan Middlesbrough yang mempunyai Fabrizio Ravenelli di bahagian serangan.

Gianluca Vialli : Pemain dan Pengurus

Pada tahun 1998, Gianluca Vialli mengambil alih jawatan pengurus pasukan daripada Ruud Gullit, dan pada masa yang sama dia masih lagi menjadi pemain.

Vialli boleh dikatakan antara spesis terakhir pemain-pengurus dalam pentas tertinggi bola sepak England. Menariknya, Ruud Gullit juga pernah bertugas sebagai pemain-pengurus.

Indah juga kalau dapat tengok Kante sebagai pemain-pengurus Chelsea musim depan. Sambil berlari, bagi arahan.

Frank Lebouef dan Marcel Desailly - Pertahanan Kental Dari Perancis

Haters mungkin tak kenal dua nama pemain ini, namun bagi penyokong sejati Chelsea, kedua-dua pertahanan dari Perancis ini merupakan nadi utama di benteng pertahanan Chelsea pada penghujung 1990-an sehingga awal 2000.

Lebouef, Desailly, Deschamps dan Piala FA | Gambar : Independent

John Terry baru-baru ini telah memuji Desailly dan Lebouef sebagai dua watak yang sangat berpengaruh dalam perkembangan kariernya. Kalau haters nak tahu dari mana Terry dapat inspirasi sebagai pertahanan yang menjaringkan gol, Lebouef dan Desailly lah jawabnya.

Kau haters mana tahu.

Kombinasi Gianfranco Zola dan Tore Andre Flo

Zola hanya mempunyai ketinggian 168 cm, manakala Flo setinggi 193 cm. Namun, Zola sedar kekurangannya dari segi fizikal, maka dia tonjolkan skill yang luar biasa, manakala Flo pula agak lembap seperti Mertesacker dan dia tebus kekurangannya dengan ketajaman tandukan.

Dengan kata lain, Zola hantar bola, Flo tanduk. Pemain lain hantar bola kepada Flo, Flo tanduk kepada Zola, Zola rembat dannnnn gol.

Senang kan taktik tu?

Dan Petrescu - Bek Kanan di Kelas Tersendiri

Bek kanan Romania ini mempunyai ketinggian yang purata di kalangan pemain di posisinya, namun keistimewaannya ialah kemampuannya menjaringkan gol.

Dia sering tiba dalam kotak penalti lawan pada masa tepat untuk menjaringkan gol dengan tenang dan sehingga sekarang, tiada pemain bek kanan yang mampu menjaringkan gol sepertinya melain Rizal Ghazali.

Petrescu cukup disukai oleh penyokong, namun kariernya di Chelsea berakhir selepas bergaduh dengan pengurus, Gianluca Vialli.

Dennis Wise - Kecil Tetapi Keras

Pada dekad 1990-an, jika ada pasukan yang mendahului Chelsea dalam perlawanan, maka pemain tengah pasukan tersebut bakal menerima kecederaan daripada terjahan-terjahan keras Dennis Wise, meskipun ketinggiannya hanya 168 cm.

Kekerasan permainannya juga menyebabkannya dikatakan dirasuk roh Napoleon. Sedekad bersama Chelsea dan 445 penampilan menempatkan Wise sebagai lagenda kelab.

Penjaga Gol dari Belanda - Ed de Goey

Sebelum kemunculan Petr Cech, pintu gol Chelsea dilindungi oleh seorang insan yang bernama Ed de Goey. Sekali penjaga gol Belanda ini mendepakan tangannya, maka gelaplah separuh London dek tangannya yang melindungi matahari.

Ed de Goey | Gambar : TalkSPORT

Walaupun rambutnya tak ubah seperti watak suami yang takutkan isteri dalam drama cinta meleleh pukul 7 petang di TV3, dia sebenarnya boleh tahan juga hebatnya menjaga gol, tak macam Massimo Taibi.

Gus Poyet - Pemain Tengah yang Juga Mesin Gol

Sebelum era Frank Lampard, ada seorang pemain yang tidak bosan menjaringkan gol meskipun posisinya ada pemain tengah - Gustavo Poyet.

Pemain berasal Uruguay ini cukup suka melukakan penjaga gol dan penyokong pihak lawan dengan gol-gol volley yang cukup cantik dan salah satunya ketika perlawanan menentang Sunderland pada tahun 1999.

Kalau Lampard mati hidup semula pun belum pasti boleh menjaringkan gol macam ni.

Suck it all, Lamps!

Claudio 'Tinkerman' Ranieri

Pada zaman dahulu, Claudio Ranieri telah dilantik menjadi pengurus Chelsea. Dia tiba di England tanpa mampu untuk bercakap dalam bahasa Inggeris atau Mandarin - mungkin Ranieri tidak sedar bahasa Mandarin adalah satu syarat utama untuk mendapat peluang pekerjaan sekarang.

Ranieri membeli Veron dan Joe Cole | Gambar : Life After Football

Bersama Chelsea, dia selalu menukar pemain mengikut kesesuaian permainan, dan ini cukup berbeza dengan jurulatih lain yang selalu menggunakan pemain yang sama untuk setiap perlawanan. Contohnya Pak Alex, agaknya kalau tiada Giggs tu boleh sawan beliau.

Jasa besar Ranieri? Memberikan peluang kepada John Terry dalam pasukan utama dan membeli Frank Lampard dari West Ham.

Gol Bernilai £1 billion Jesper Gronkjaer

Ada lagenda mengatakan bahawa nasib ketika penghujung musim 2003-04, ada seorang billionair dari Russia mahu membeli kelab Chelsea ini, namun apa yang menjadi kerisauannya ialah adakah pasukan ini mampu layak ke Liga Juara-juara musim berikutnya?

Perlawanan terakhir Chelsea musim tersebut adalah menentang Liverpool dan pada musim itu, siapa yang tak menang menentang Liverpool dianggap pasukan yang bernasib malang.

Liverpool mendahului Chelsea dalam perlawanan tersebut, namun Desailly menyamakan kedudukan menerusi tandukan padu. Penghujung perlawanan, muncul Gronkjaer menjaringkan gol kemenangan sekaligus meletakkan Chelsea di tangga kedua liga dan layak ke Liga Juara-juara secara automatik.

Pada musim panas kemudian, Abramovich membeli kelab ini sekaligus mengeluarkan The Blues daripada masalah kewangan yang teruk.

Bak kata orang putih, the rest is history.

Sumber asal artikel : Dream Team




Paparkan Komen