The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

10 Pemain Pertahanan Tengah Terbaik EPL

Encik Bakri pada November 13, 2016

Copa 90 melalui laman webnya telah mengeluarkan senarai 10 pemain pertahanan tengah terbaik di Liga Perdana Inggeris. Jika anda mempunyai pilihan sendiri sila hantar kepada kami.

10. Rio Ferdinand

rio-ferdinand

Ferdinand memulakan karier bolasepaknya bersama West Ham United. Ferdinand dibeli oleh Manchester United dari Leeds Untied pada tahun 2002 dengan nilai perpindahan £30 juta menjadikannya pemaih termahal Britain ketika itu.

Leeds sebelum itu telah membeli Ferdinand dari West Ham pada harga £18 juta pada tahun 2000. Ekoran masalah kewangan Leeds terpaksa menjual Ferdinand dan pada ketika itu Ferdinand seakan mahu menyertai Arsenal tetapi akhirnya beliau ke Old Trafford.

Sepanjang kerjaya bersama United ferdinand telah memenangi 6 gelaran juara liga, 1 liga juara Eropah dan terpilih sebanyak 6 kali sebagai PFA Team Of The Year.

9. Nemanja Vidic

Membentuk gandingan yang kebal bersama Rio Ferdinand semasa zaman kegemilangan United. Dibeli oleh Bang Alex pada harga £7 juta sahaja dari Spartak Moscow pada 25 December 2005. Vidic merupakan antara pembelian terbaik Bang Alex

Vidic telah memenangi 5 gelaran juara liga, 1 liga juara eropah serta membuat 211 penampilan bersama United dalam tempoh 8 tahun. Vidic kini telah bersara dari dunia bolasepak dan dilaporkan sedang bergiat aktif dalam bidang Multi Level Marketing (MLM).

8. Vincent Kompany

vincent-kompany

Pemimpin agung Manchester City di era baru samada di dalam atau diluar padang. Kompany merupakan pemain yang paling berpengaruh di zaman kebangkitan Manchester City sehingga bergelar juara liga perdana inggeris.

Kompany telah dinamakan sebanyak 3 kali sebagai PFA Team Of The Year. Setakat ini Kompany telah memacu City untuk memenangi 2 gelaran liga perdana inggeris. Tidak dapat dipastikan status Kompany samada Enterprise, Sendirian Berhad atau sekadar LLP.

7. John Terry

john-terry

Lagenda dan kapten pasukan Chelsea ini merupakan salah seorang pertahanan England terhebat yang pernah England lahirkan. Pemain perthanan yang kental serta kebal yang sentiasa memberi ancaman kepada pihak lawan dalam situasi bola mati.

Terry telah mendakap 4 gelaran juara liga dan 5 kali dinamakan sebagai FIFAPro World XI serta terpilih sebanyak 4 kali sebagai PFA Team Of The Year.

6. Tony Adams

tony-adams

Lagenda pasukan Arsenal dan juga perthanan England, Tony Adams dikenali sebagai ‘Mr Arsenal’. Adams membentuk gandingan mantap bersama Keown untuk menjadi jantung kepada kekebalan pertahanan Arsenal.

Hampir sepanjang kariernya Adam merupakan seorang kaki botol tegar dan selalu bergaduh di kelab malam. Pada tahun 1996 Adams insaf dan pulih dari ketagihan arak. Ketibaan Wenger yang mengubah regim pemakanan dan gaya hidup pemain banyak membantu Adams untuk pulih dan memanjangkan lagi tempoh kerjaya Adams.

Adams bermain sebanyak 674 perlawanan untuk Arsenal dan muncul sebagai Kapten paling berjaya dalam sejarah kelab.

5. Jamie Carragher

jamie-carragher

James Lee Duncan “Jamie” Carragher bermain sebagai pemain pertahanan Liverpool selama 17 tahun. Menjadi naib kapten selama 10 tahun dan merupakan pemain kedua paling lama berkhidmat bersama Liverpool.

Carragher merupakan pemain Liverpool paling banyak membuat penampilan di kejaohanan eropah dengan 150 penampilan. Membesar sebagai peminat Everton sebelum membuat keputusan untuk bermain untuk Liverpool.

Bersama Liverpool Carragher telah memenangi 2 Piala FA, 3 Piala Liga, 1 gelaran liga juara eropah, satu Piala UEFA dan 2 super cup.

4. Martin Keown

martin-keown

Menggegar bersama Arsenal selama 10 tahun dengan memenangi 3 gelaran liga, 3 Piala Fa dan 1 Piala UEFA. Pertahanan kental Arsenal ini membentuk gandingan mantap bersama Tony Adams.

Membuat 650 penampilan bersama 3 kelab di liga perdana.

3. Jaap Stam

japp-stam

Kereta kebal Manchester United seorang pertahanan yang digeruni oleh penyerang. Jaap Stam mempunyai kombinasi yang jarang ada pada seorang pertahanan iaitu kelajuan, kekuatan dan mampu untuk mengawal bola dengan baik.

Bermain bersama pasukan Setan Merah pada tahun 1998 sehingga 2001 dan hanya menajaringkan satu gol selama karier di United. Antara erti penyesalan terbesar yang pernah Bang Alex lalui apbila menjual pemain ini ke Lazio.

2. Ricardo Carvalho

NORWICH, ENGLAND - MARCH 5: Ricardo Carvalho of Chelsea celebrates his goal during the Barclays Premiership match between Norwich City and Chelsea at Carrow Road on March 5, 2005 in Norwich, England. (Photo by Jamie McDonald/Getty Images)
NORWICH, ENGLAND – MARCH 5: Ricardo Carvalho of Chelsea celebrates his goal during the Barclays Premiership match between Norwich City and Chelsea at Carrow Road on March 5, 2005 in Norwich, England. (Photo by Jamie McDonald/Getty Images)

Carvalho dibeli oleh Chelsea dari Porto pada tahun 2004 dengan harga €30 juta. Bersama Chelsea Carvalho memenangi 2 gelaran juara liga secara berturut-turut dan 1 piala liga.

Selama 6 tahun bersama Chelsea, Carvalho membuat 210 penampilan sebelum berhijrah ke Real Madrid pada tahun 2010.

1. Sol Campbell

Gambar : http://www.sportal.co.nz/football/english-football/campbell-urges-clubs-to-give-black-managers-a-chance/1hc6zpi8qbvou1cm5dcnjdtgfr

Sol Campbell merupakan pertahanan terbaik di Liga Perdana Inggeris dan England. Bekas pertahanan England ini berpindah dari Spurs ke pasukan musuh mereke di London, Arsenal pada 2001. Satu perpindahan yang penuh kontroversi.

Campbell membuat 195 penampilan bersama Arsenal dan memenangi 2 gelaran juara liga. Campbell juga merupakan salah seorang pemain skuad invincibles Arsenal yang merupakan satu sejarah hebat kelab yang meletakkan Arsenal sebaris dengan JDT.

Sol Campbell juga merupakan salah seorang pemain yang berjaya membawa Arsenal ke perlawanan akhir Liga Juara dan dinobatkan sebagai salah seorang pertahanan terbaik Arsenal. Campbell bersara pada tahun 2011 tetapi berterusan dimaki oleh peminat Spurs di atas pengkhianatan beliau.

0.1 Shukor Adan

Pemain kelahiran Melaka ini yang juga bekas ketua pasukan Harimau Malaya pernah beraksi bersama Negeri Sembilan dan Selangor  sebelum kekal bersama Felda United sehingga kini.

Semasa awal kemunculan Shukor beliau bermain sebagai pemain tengah, ekoran peningkatan umur kini beliau bermain di posisi pertahanan dan sangat kebal dan kental di posisi tersebut walaupun kini sudah berusia 37 tahun.

#Respect.


Download aplikasi The Sukan di Google Play