10 Pasangan Penyerang Yang Akan Menempelak Sistem 4-2-3-1 Hari Ini

Eikrem oleh Eikrem 1 tahun yang lalu

Bola sepak dahulunya lebih sering dimainkan dengan sistem dua penyerang, atau penyerang sokongan dengan formasi 4-4-2, dan banyak pasangan penyerang yang handal dan membunuh telah lahir dari sistem ini.

Pemain Manchester United, Wayne Rooney, telah meledakkan gol demi gol ketika bergandingan bersama Carlos Teves suatu ketika dahulu dan mungkin Rooney merindukan sistem ini.

Tapi biarlah Rooney terjun dengan labu-labunya.

Berikut adalah 10 pasang penyerang berbisa yang mungkin akan mengatakan,”kitorang main ‘double-striker’ ok je!” kepada pengurus-pengurus bola sepak moden pada hari ini.

Ian Rush dan Kenny Dalglish(Liverpool)

Pasangan ini pernah dilabel sebagai pasangan yang terbaik dalam bola sepak British, dengan Dalglish menghasilakn gerakan, hantaran dan sentuhan kepada Rush yang meledak gol lawan.

Romario dan Hristo Stoichkov(Barcelona)

Dua bintang Piala Dunia 1994 ini mengepalai serangan Barcelona dengan Stoichkov menjaringkan 16 gol – kebanyakannya gol cantik, dan Romario menjaringkan 30 gol pada musim 1993/94.

Alan Shearer dan Chris Sutton (Blackburn Rovers)

Blackburn pun pernah menang liga

Pada musim 1994/95, Blackburn Rovers berjaya memenangi trofi liga pertama mereka sejak penubuhan kelab pada 1914, hasil daripada sumbangan besar gandingan Alan Shearer dan Chris Sutton, di mana kedua-dua pemain ini menjaringkan 49 gol di antara mereka.

Filippo Inzaghi dan Alessandro Del Piero (Juventus)

Satu impian kehidupan ialah apabila melihat dua penyerang pasukan kesayangan terdiri daripada Inzaghi dan Del Piero, sambil Zinedine Zidane menjadi penyuap bola kepada mereka. Pada tahun 1997/98, Juventus memenangi Scudetto dan layak ke perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah.

Andy Cole dan Dwight Yorke (Manchester United)

Siapalah Cole tanpa rakan baiknya, Yorke? Gandingan kedua pemain ini menjadi igauan buruk buat pasukan lawan terutamanya pada musim 1998/99 di mana kelab Syaitan Merah ini berjaya memenangi treble – Liga Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-juara Eropah.

Andriy Shevshenko dan Oliver Bierhoff (AC Milan)

Amatlah jarang sekali untuk satu-satu pasukan tersebut mempunyai penyerang yang boleh melakukan apa sahaja di depan gol, dan lebih jarang lagi apabila kedua-duanya bermain dalam satu pasukan(ya, kecuali gandingan MSN di Barcelona). Gandingan kedua-dua bintang ini menghasilkan 35 gol pada musim 1999/00.

Thierry Henry dan Dennis Bergkamp (Arsenal)

Dua pemain ini sangatlah menjadi ketakutan dengan Bergkamp menjadi sumber kreativiti dan Henry merobek gawang lawan. Kedua-dua pemain ini boleh meletakkan bola di mana-mana sahaja di gawang lawan dan paling diingati gol Bergkamp ketika menentang Newcastle dan Henry ketika menentang Manchester United.

Diego Tristan dan Roy Makaay (Deportivo La Coruna)

Bagi mereka yang baru menonton bola sepak di era Manchester City ini, pasti mereka tidak kenal pasukan Sepanyol ini, apatah lagi dua penyerang ini. Deportivo memenangi La Liga pada musim 1999/00 di bawah kendalian Javier Irurerta. Musim berikutnya gandingan dua penyerang ini menjaringkan 37 gol dan menduduki tangga kedua.

David Trezeguet dan Alessandro Del Piero (Juventus)

Gandingan dua pemain serangan yang sangat berbeza coraknya. Del Piero lebih kepada sumber kreativiti dengan tekniknya menggelecek dan tendangan percumanya yang tepat manakala Trezeguet lebih kepada merobek gol lawan tanpa kasihan

Ronaldo dan Raul (Real Madrid)

Raul Gonzalez agak beruntung kerana pernah bermain bersama kedua-dua Ronaldo – gemuk dan kurus. Pada musim 2002/03, gandingan ini mengetuai galacticos untuk memenangi La Liga, Intercontinental Cup dan Super Cup, meneruskan kecemerlangan memenangai Liga Juara-juara pada musim sebelumnya.

Hulk dan Falcao (Porto)

Falcao sebenarnya pernah menjadi harimau di tengah padang, dengan meledak gol demi gol buat pasukannya sebelum kecederaan lutut seriusnya. Pada 2011, dia berganding dengna Hulk dan pasangan ini menjaringkan 74 dalam semua pertandingan dan Porto memenangi empat kejuaraan pada musim tersebut.




Paparkan Komen